Ras Adiba Radzi

Ras Adiba Mohd Radzi (lahir 27 Julai 1968) merupakan seorang penyampai berita dan pengacara televisyen Malaysia,[1] yang pernah berkhidmat di TV3 dan ntv7.Beliau pernah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada tahun 1995 di mana beliau mengalami kecederaan di bahagian belakang, dan keadaan bertambah teruk pada 2001 apabila beliau diserang oleh sekumpulan lelaki di luar rumahnya. Sejak itu, beliau telah menjalani fisioterapi, dan mengambil bahagian dalam acara menembak termasuk Sukan Para ASEAN 2015 di Singapura.[2][3]Ras Adiba telah berkahwin sebanyak tiga kali. Beliau berkahwin dengan ahli perniagaan, Mohamed Azam Ali pada 16 Mac 2019 dengan dua kali lafaz.[4]